Ahad, 27 April 2014

sekadar renungan

Sebelum kita mengeluh untuk sedikit ujian yang datang,
renungkanlah sejenak untuk selaut nikmat yang tidak putus bertandang,
ingatlah Allah dalam apa jua keadaan


Isnin, 21 April 2014

kisah tauladan pokok dan mancis

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.
jadi satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.Mancis mempunyai kepala,tetapi tidak mempunyai otak,oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil ,Sang mancis terus terbakar .kita mempunyai kepala dan juga otak,jadi kita tidak perlu terbakar ,marah hanya kerana gesekan kecil.

ketika burung hidup ,ia makan ulat ,ketika burung mati ulat makan burung.waktu terus berputar sepanjang zaman .kitaran kehidupan terus berlaku  jangan merendahkan sesiapa pun dalam hidup,bukan kerana siapa mereka tetapi kerana siapa diri kita.

kita munkin berkuasa tetapi waktu lebih berkuasa daripada kita.waktu kita sedang berjaya,kita merasa banyak teman di sekeliling kita. waktu kita sakit kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting,jauh melebihi harta

ketika kita tua ,kita baru tahu kalau masih banyak yang belum di kerjakan dan setelah di ambang ajal.kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia

hidup tidaklah lama,sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih berharga saling menghargai saling membantu dan memberi serta saling menyokong.

jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat .believe in couse and effect" apa yang di tabur itulah yang akan kita tuai

Isnin, 3 Februari 2014

riyadussalihin

''SABDA NABI S.A.W ''

kesucian zahir dan batin sebahagian dari iman
Ucapan Alhamdulillah memenuhi neraca
Subhanallah &Alhamdulillah keduannya memenuhi apa yang ada di langit dan di bumi,

Sembahyang sebagai cahaya
Sedekah pula sebagi bukti iman
Sabar itu sebagai sinaran

 Al-Quran itu sebagai bukti untuk mu atau atas mu
 Setiap manusia di pagi lagi ada yang menjual dirinya
 (memelihara diri daripada siksaan allah )
 Ada juga yang membinasakan dirinya sendiri
 (tidak ingin keredhaan allah )

''Riwayat Muslim''

Selasa, 28 Januari 2014

Water

renungan

RENUNGAN
"Ingatlah Kita Lahir Ke Dunia Ini Selepas Melalui Perjuangan Yang Begitu Mencabar.Kita Lahir Selepas Bersaing Dengan  Ratusan Juta Seperma Yang Memburu Sel Telur Dan Yang Berjaya Menemui Sel Telur Hanya Satu Iaitu Kita.
Jadi,Kita Pernah Berjuang Dengan Kuat Tanpa Kita Sedari.


Ini Adalah Kejayaan Awal Kita " ( Aa Gym)

Rabu, 22 Januari 2014

Anak2 penyejuk mata....


 6 JENIS PEREMPUAN YANG WAJIB DIJAUHI

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asy
ik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.